Ahad, 24 Januari 2016

Simple fried macaroni. ..


Assalam...
Hari ni sempat buat ni untuk bawa ke asrama kakak...
Jom cuba..
Saya tak lah mengira dengan tepat setiap bahan..
Maklum ler... masa pun tak cukup dan kata orang tu ni resipi main campak-campak je ni...hee...


Bahan-bahan:-
500gms Macaroni  -direbus dan ditoskan (letak sedikit minyak dalam air untuk mengelakkan macaroni melekat)
400gms Daging cincang Ramly
7-8 ulas bawang putih -ditumbuk atau ketuk
Satu labu bawang merah - dipotong dadu
Satu Atau 2 biji Lada Benggala -dipotong dadu
2 biji Tomato didadu
Setin kecik tomato puri
Setengah botol sos tomato
Oregano dan garam
Yang lain2 nak tambah terpulang spt karot didadu sausage ke..
Minyak dan sedikit minyak zaitun

Cara:-
-Tumis bawang merah dan putih..
-Masukkan Daging.. kacau goreng hingga masak..
-masuk segala sos dan puri.. cili..tomato dan kacau rata sebati..
-masukkan macaroni .. taburkan oregano (agaklah ya..utk menambah rasa dan bau)
-rasakan garam tapi jangan lebih sebab lebih sedap lebih rasa tomato..
-recikkan Minyak zaitun. .
Kacau sebati .. Siap! Heee...
Selamat mencuba ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan