Isnin, 11 Januari 2016

Creampuff


Assalam semua,
di sini saya kongsikan lagi resipi creampuff kegemaran saya yang ringkas..
resipi dari Chef Kamarul... yang bertanyakan tu bolehlah cuba ya ... 
sekali buat jadi alhamdulillah... tak berapa jadi cuba lagi...
trick nya ialah suhu oven yg tinggi ..

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum (saya buat 135gm tepung)
3 biji telur 
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan masak, serta adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakar yg telah disapukan mentega. (saya guna baking paper saja.. tak suka terlalu berminyak bila disapu butter pada loyang)
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.(saya bakar pada suhu 200 c, dan bergantung juga pada oven masing2 ya..)


Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar atau full cream milk
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
(saya campurkan dengan sedikit susu utk memudahkan tepung2 tersebut larut)
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. 
4.Ayak Snow Powder utk hiasan 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan