Khamis, 1 Oktober 2015

Majlis di Kediaman Menteri Besar


Assalamualaikum....
konon macam berehat lama ya...heee....
taklah lama mana... alkisah dah tersalah tukar template blog ni... serta merta segala link dan gambar jadi bercelaru...hah, apalagi..naiklah posting kata blog berehat...kuikuikui...

jom kita mulakan dengan satu tempahan yang dah berlalu iaitu pada 31ogos yg lalu... hah...punyalah lama kan... dah tu.. masa sangat mencemburui saya nak mengadap blog ni lama-lama... secara cepatnya kek-kek terkini semuanya di Instagram dan Facebook, sebab terus upload dari note4 saya...
Yang di blog terpaksalah mengikut giliran...heee

Pada satu malam ..cewah,,..menerima whatsapp dari seseorang bertanyakan harga kek utk 5tingkat...
tema warna diberi dan sekian2 sedikit perbincangan maka harga ditetapkan...
Setelah itu tiba-tiba pihak berkenaan barulah beritahu bahawa 3set diperlukan... maka saya walaupun membalas whatsapp dengan hahaha... saya dah agak terduduk sebenarnya...sambil muka berkerut seribu...hmm...sila bayangkan ya...hahaa... dalam hati terdetik...mampukah aku laksanakan amanah ini...
dan oleh kerana masa dah agak suntuk hanya kurang dari 2minggu... maka saya terima dengan lapang dada...
dan bermula saat itu saya mula mengatur jadual tugas kerana ianya melibatkan juga tempahan-tempahan lain pelanggan saya yang dah menempah lebih awal,.. saya takkan sesekali batalkan kerana mereka juga merpercayai saya utk memegang amanah menyiapkan tempahan mereka...
kebetulan hujung bulan itu penuh dengan kek-kek hantaran, kek kahwin dan tak terkecuali kek harijadi...


Namun saya mengatur sebaik2 jadual saya... apa yg perlu dibuat dulu... figurines, bunga-bunga boleh disiapkan awal... dummy cake juga boleh disiapkan awal... Gold Lace juga saya siapkan lebih awal
sebab lace nak kering pun makan masa..bukan sejam dua kering...huhuuu

Tempahan 3 set kek kahwin tersebut adalah dari Regalia Creative - Event Planner yang based di Muar Johor...
Majlis di Saujana Kediaman Menteri Besar Johor YB Dato Khaled Nordin tersebut adalah majlis meraikan 3 pasang setiausaha YB yg baru mendirikan rumahtangga... 
mulianya hati YB meraikan kakitangannya...

Dan pada petang 31hb Ogos, bergerak lah saya membawa 3set dengan kereta comel saya...
menuju ke Saujana... sangatlah berhemahnya saya...hahaaa... kalau tak nak merempit aje...
kali ini betul2 berhemah dan perlahan ... bayangkan 5tiers dan ada 3 set di dalam kereta,...
dan mungkin sebab kek ni tinggi maka kereta-kereta lain dibelakang takde pulak yang hon sebab saya perlahan... sebab mereka pun nampak apa yang saya bawak...
Syukur semuanya selamat...
Setinggi-tinggi terima kasih saya kepada Encik Faris dari Regalia Creative kerana memberi kepercayaan kepada loyangkuih.com untuk melaksanakan tugas ini...
Kerjasama yang sangat baik dan mudah...
Alhamdulillah...

 antara keknya

 encik suami sibuk nak enter frame dengan YB

 wedding dinner ... set up yang sangat cantik dan eksklusif dari Regalia

dan beginilah keadaannya 3 set 5tiers di susun...heheee...
syukur semuanya selamat...

Begitulah serba sedikit... apapun peluang yang diberi menambahkan lagi pengalaman kami yang secebis ini untuk terus memperbaiki lebih lagi di masa-masa akan datang,,..in shaa Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan