Ahad, 17 Mei 2015

Ke mana menghilangnya saya?

Assalamualaikum semua...
Maaf agak lama menyepikan diri... blog dah bersawang dah ni..heee... ramai jugak tanya sampai ada yg fikir yang saya dah berhenti buat kek ke... oh tidaaakkkk...heee....

Syukur ke hadrat Allah swt pada bulan lepas, saya dipanggil menjadi Tetamu Allah swt untuk mengerjakan umrah bersama suami...
Satu cita-cita, impian dan hasrat yang dah lama terpendam... doa yang tak putus-putus ... 
alhamdulillah dapat menunaikan haji kecil ini ...
Tanggal 24hb April kami berlepas , melalui Changi International Airport Singapore menaiki
Etihad Airways - transit di Abu Dhabi dan terus ke Jeddah..
Kami di sana 24hb april - 5hb Mei sampai Malaysia ... 
dan bila balik dalam keadaan yang masih tak sihat...
Ujian buat saya yang tak sihat demam panas ketika di sana.. masuk hari ke 7 tak silap hinggalah sampai ke malaysia masih tak sihat.. dah sampai sini cepat2 ke klinik .. 

Oh ya... Kami berdaftar  bersama Mumtaz Travel yang beralamat di Nong Chik Heights.
Syukur...segalanya dipermudahkanNYA

Walaupun dugaan pertama kami dah terima ketika di Changi lagi apabila kami terpaksa menunggu sehingga hampir 2jam didalam kapal terbang... apabila ada jemaah terpaksa diturunkan atas sebab kecemasan .. tapi bukan jemaah kumpulan kami.. 
kapal dah bergerak dah nak berlepas, tiba2 terpaksa berpatah balik menurunkan pesakit... satu dugaan yang menguji kesabaran sebab masing2 kelaparan.. kepenatan.. subhanallah... namun kami semua tetap bersabar sambil tak putus2 berdoa...
Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa kerana urusan selepas itu termasuklah ketika check in di Airport King AbdulAziz Jeddah sangat cepat dan lancar sedangkan ustaz mutawiff kami dah beritahu urusan kat situ biasanya akan makan masa 2-5jam.. tapi urusan kami tak smapai sejam selesai semua...
mungkin berkat kesabaran dengan dugaan pertama yg Allah dah turunkan buat kami... syukur Ya Allah...
so, layan gambar bahagian pertama dulu ya... internet slow nak upload banyak2...

 Encik suami saya bersama mutawif kami Ustaz Nizamuddin
dari Mumtaz Travel

 Ketika baru sampai di Changi... menunggu check in jam 5pm
sejam lebih gak kami menunggu di sini..

 King AbdulAziz International Airport
Bas sudah menunggu di belakang bahagian airport rasanya ni..hee
tak pasti sebab kami dah terlewat subuh dan terus bergegas menaiki bas..
ketika ini jam 6am.. terangkan..



 Alhamdulillah selesai umrah pertama pada siang 25hb tu juga sesampainya kami ke sini..
di Abu Dhabi kami semua dah berpakaian ihram
dan bermiqat ketika di kapal terbang
PIlot Etihad Airways tu sendiri akan mengumumkan bila sampai tempat untuk kami
bermiqat .. dan airways yg memulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan .. 


Mekah kini .......
sedang hebat di dalam pembinaan dan pengubahsuaian demi keselesaan para jemaah
dari serata dunia terutamanya pada musim haji..
buat masa ni, memang udara agak berhabuk yg teruk..
yang ada lelah macam saya ni terutamanya lelah panas, memang akan terasa kesannya...
bila diluar memang agak akan rasa sesak nafas disebabkan cuaca yang panas dan udara yang berdebu...
namun sesungguhnya hati yg cekal melupakan segala masalah ... 
 di kawasan luar Masjidil Haram..



 Ketiga2 gambar di atas ketika senja ...
selepas solat maghrib.. 

cukup buat masa ni.... sambung lagi nanti ya... 
gambar-gambar kek terbaru boleh jengah IG saya leenloyangkuihcom - bersambung nama tu
jemput follow ya..sebab memang di situ gambar2 kek terkini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan