Ahad, 24 Mei 2015

Bahagian AKhir Umrah

Malam terakhir di Makkah Al-Mukarrammah ...
esoknya bertawaf Wida 
tak sempat nak snap apa2 gambar hari terakhir..
hati diselubung rasa sayu yang amat sangat...hingga ke pandangan mata saya yg terakhir
saya pandang Kaabah hinggalah saya dah tak nampak lagi..
airmata bercuucuran sayu teramat sayu ...
entah bila akan sampai lagi..
tak akan ada tempat di dunia ini yang setenang dan sesuci Kaabah walau dibawah panas terik mentari...
saya cakap dengan seorang makcik yang saya pimpin tangannya dari mula buat tawaf hingga 
habis kerana akhirnya kami terpisah dari kumpulan tinggal saya berdua saja.. saya cakap makcik, moga dilimpahkan rezeki Allah dan dijemput lagi kita ke sini ya cik..dan kami sama2 menangis..
Alhamdulillah..tawaf selesai dgn cepat.. dan ketika keluar dari kawasan masjidil haram ketika itu
jam 10.45am dan Suhu ketika itu adalah 41c..
panaskan... subhanallah..

Sepanjang perjalanan ke Madinah meninggalkan Tanah Haram Mekah...
kami bersolat Asar di sini satu perhentian..,x ingat saya namanya..
perjalanan memakan masa lebih kurang 8jam.. 


Alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Haram Madinah..
check in hotel..

kami terus ke Masjid terindah Masjid Nabawi menunaikan solat jamak  maghrib dan isyak kami..

Ustaz terus bawa ke sini...
di bawah kubah Hijau ini adalah Makam junjungan kita Rasulullah saw.. aduhh... hiba rasa..
 Perkuburan Baqi'
di mana ditempatkan para isteri Nabi, para Syuhada dan sahabat2 Nabi tapi malam ditutup..
dan undang-undang di sini, wanita dilarang menjejakkan kaki ke tanah perkuburan..

 cantiknyaaa kann... masjid Nabawi..

 Masjid Quba
 Di Kebun Tamar atau Kurma..
boleh habis beratus ringgit kat sini..heee


 Pandangan jauh atau Wide View kamera hp saya  - ini adalah kawasan Pergunungan UHUD..
kita semua tahu sejarah Peperangan Uhud kan... di sinilah ia berlaku..
 pandangan dipecah dua

 dan ini adalah Bukit memanah ..
di sinilah para pejuang islam mengambil tempat utk menentang musuh..

 Pergunungan Magnet ..
sekitar kawasan ini yg dikatakan mempunyai kuasa tarikan magnet sehingga kapal terbang
tidak dibenarkan terbang diruang udaranya.. 
nampak seakan kalimah ALLAH kan.. 


 di dalam kawasan Raudhah - kawasan makam Rasulullah saw, Makan Khalifah Ummar Al-Khatab
dan makam Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Namun wanita hanya setakat ini sahaja... dihalang oleh penghadang tersebut...
nak masuk ke sini juga satu dugaan maha hebat..
namun bertawakal dan berdoa.. in shaa Allah dipermudahkan..
Alhamdulillah saya dapat menyelitkan diri masuk ke sini mengikut jemaah dari negara lain
dan bukan malaysia...hahaa..
mereka akan memanggil mengikut negara2.. supaya tak terlalu bersesak.. tapi memang sesak juga..
di saat jemaah pakistan, india dan arab dipanggil saya cepat2 menyusup masuk...heee..
kalau tunggu jemaah malaysia-indonesia-singapore memang lambatlah jawabnya balik dari masjid malam tu... ini pun saya balik dah hampir 10.30malam .. masuk selepas solat isyak...



 Di saat doa selamat tinggal kita bacakan beberapa jam sebelum berangkat ke airport untuk pulang 
ke tanahair...sekali lagi airmata tumpah... 
ziarah Wida di hadapan KUbah Makam Nabi .. dengan doa supaya saya dapat kembali lagi ke sini
bertemu Mu Ya Rasulullah... 
sungguh sangat sayu terpaksa meninggalkan Rasulullah buat seketika...


Rezeki kami kali ni kami pulang melalui Lapangan terbang Madinah yang baru..
rekebentuk dalaman pun seakan masjid Nabawi kan... cantik..

Sekian cerita serba ringkas saya... cukup sebagai pemberi semangat utk kita berniat akan menjadi tetamu Allah satu hari nanti... dan saya pasti akan kembali lagi menjadi tetamu Allah masa akan datang...moga panjang umur dan dilimpahkan rezeki kesihatan yang baik juga...Amiiinnnn Ya Rabb..

Lepas ni kek-kek dah marah tunggu gambar masing2 di upload di sini..hahaa...
banyak gambar tertangguh dari bulan April lagi...oh Ya Allah...
akan saya update juga utk tempahan raya kali ni ya... kali ni agak bersederhana...
nak sambung rehat..hee...
salam semua...
Jazakallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan