Selasa, 29 April 2014

Kek cawan Kelapa Pandan


Salam semua... jom pagi ni start dengan resipi simple
Kek cawan Kelapa Pandan... padat dengan rasa lemak kelapa dan wangi pandan
resipi dari buku Keajaiban Kek Cawan oleh Wendy Kor , banyak resipi hebat dan pasti jadi di dalamnya
boleh cuba untuk minum petang juga ni...

Bahan-bahan:
A- 
250gm Butter-saya guna Anchor
280gm Tepung Superfine
5gm Baking Powder
10gm Ovallete

B-
250gm Gula Castor - leen kurangkan ke 220gm
1/2 tsp garam

C-
4 bij Telur

D-
50ml Santan - saya guna santan dalam kotak Ayam Brand
100gm Kelapa parut-saya guna Hawaian dessinated coconut
1tsp Pandan Paste-sebenarnya kita letak lebih dari 1tsp...hehee...sebab suka bau wangi pandan tu...


 Cara-cara:
-Pukul A selama 10minit pada kelajuan tinggi hingga naik dan kembang
-Masukkan B dan gaul pada kelajuan sederhana untuk 5minit
-masukkan C sebiji-sebiji dan kacau hingga kembang
-Masuk D dan di campur dan gaul sebati
-masukkan ke dalam papercup dan bakar pada suhu 180c selama 20-25minit
-boleh tabur Hawaian Coconut di atas, yg ni saya tak tabur banyak sebab selepas tu nak dideco dengan buttercream maka saya lebihkan kandungan kelapa di dalamnya.


Selamat mencuba ya..:)

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. ya...memang sedap..lagi akak lebihkan kelapa kat dalam..hee..
      cubalah ya..:)

      Padam