Jumaat, 16 Ogos 2013

Tempahan Raya dan dugaan...

Salam semua...
masih tak terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya kann...
Tempahan sangat banyak...alhamdulillah... hingga yang sempat snap ni..nilah yang ada
banyaknya..siap2 susun lepas tu pelanggan datang ambik baru teringat nak ambik gambar..takpelah...

 simple budget choc moist meleleh




 antara biskut2 raya yang ditempah individu dan sebahagian dihantar ke kotaraya...
alhamdulillah semuanya habis dijual
 Kek buah kukus yang juga agak mendadak permintaan..ni antara yg sempat ambik..
sebab siap2 buat, bungkus dan hantar atau pelanggan datang ambik..

Saya mengambil kesempatan memohon maaf andai ada banyak kekurangan pada tempahan2 yang disiapkan..
terutamanya yang saat2 akhir hingga ada yang saya terpaksa panggil datang ambik tempahan segera kerana pada petang raya tu tiba-tiba menerima berita kecemasan satu-satunya nenda yang ada pengsan dan dimasukkan ke hospital...nenda dah berumur 80lebih...masih gigih nak berpuasa dan mengemas rumah
akhirnya badan dehydrated dan pengsan...sebelum tu pun dah seminggu dia dah tak berapa sihat ...
apalagi..saya pun dah kelam-kabut... alhamdulillah semua tempahan siap kecuali pelanggan tersayang saya Camey yang terpaksa saya cancel order Rainbow cake dan Yam Cake sebab dah tak sempat dah nak godek apa2 pun...nak rebus keladi pun x sempat...huhu...sian camey...maaf ya...

Apa pun alhamdulillah nenda kembali sihat..dan ketika saya tinggalkan dia pulang ke sini pada hari raya ke2 dia dah sihat..dah boleh makan minum..berjalan ke bilik air semua sendiri dah boleh cuma masih tak berapa kuat...

Terima kasih atas semua sokongan...kini tempahan untuk kek harilahir..kek hantaran dan kek kahwin dah saya buka seperti biasa..dan seperti biasa JANGAN last minute order ya..terutamanya kek kahwin...date bulan Ogos ni pun banyak yang dah penuh dan awal September...

Perbincangan itu dan ini saya tak anggap confirm ya...sebab ada juga yang dah finalise everything tiba-tiba cancel sedangkan kita dah beri ruang pada tarikh tersebut untuk tempahan anda...
so..tiada deposit maka tak confirm pada saya sebab ramai lagi yang lebih serius nak menempah..

ok...sekali lagi...terima kasih semua dan maaf zahir batin...:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan