Sabtu, 24 Ogos 2013

Setelah Lama Tak buat CREAM PUFF...


Assalam semua.... 
Jom try buat Cream Puff pulak eh... dulu memang ada buat, lepas tu bila dah semakin sibuk dengan kek2 yang berdekorasi yang tentunya memakan masa yg lama... yg remeh-temeh macam creampuff ni terpaksa diletak tepi menu ni dari menu jualan..lagi pulak masa tu baru je dapat  Aisyah Karmila ...agak lecehlah kan dgn baby lagi masa tu...
Tiba-tiba...jeng..jeng..jeng..si Camy tersayang ni seboleh-boleh nak akak buat jugak creampuff..hah hambik ko!..resipi tah buang mana... nasib ada kak Nor cayang ni...
resipi Chef Kamarul...mudah dan menjadi..boleh cuba ya...kalau taknak cuba boleh order tapi takmo last2 minit hokaay...heeeee......

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.



Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.
(atau bila ke bakeri tu boleh tanya DUSTING ICING POWDER - agak berbeza dari Gula Icing biasa sebab Icing biasa lama-kelamaan gula2 tu akan meresap dan hilang dan Dusting Powder ni akan lebih kekal di atas puff tu...thanks sahabat Linda yg share tips ni..)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan