Jumaat, 2 Ogos 2013

Rainbow Meow-Meow (Biskut Lidah Kucing Pelangi)



BISKUT LIDAH KUCING
Sumber Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Resipi Citarasawan 

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

1tsp Esen Vanilla - saya tambah

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (saya buat 5 warna sahaja..:) )
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati


Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian


Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


 loyang lidah kucing
boleh didapati di Bakers Zone -Larkin Bomba atau
Perling Indah, Tmn Perling (semua ni untuk sekitar johor bahru ya)

 5 warna sahaja...heee

hias ikut suka atau nak dibiarkan kosong pun cantik dengan warna-warninya

Selamat Mencuba untuk raya ni...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan