Isnin, 5 Ogos 2013

Biskut Semut dan Sarangnya...:)

Antara biskut tradisi yang masih tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas...
ater ..kome rajin ke idak je nak memarut...heee

Biskut Sarang Semut
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan 
250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur 
1 s/teh esen vanilla 

hiasan 
Sedikit coklat rice 
sedikit manik gula kecil(warna-warni) 
secukupnya paper-cup kecil
Ceri potong-saya tambah


Cara -caranya
1. Pukul  butter dan gula sebati 
2. Masuk kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 
3. Masukkan pula tepung dan gaul rata. 
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. 
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil atau ceri dadu..ikut sukalah ya..
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 
-oven berkipas 150C- anggaran 1ominit-15minit
7. Sedia untuk dihidang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan