Sabtu, 27 Julai 2013

Tart Nenas Gebu

Salam...
jom kita cuba buat tart nenas gulung gebu resipi kak anim lagi...
leen cnp je kak..:)

Tart Nenas Gebu
Sumber: Kak Anim

bahan2 pastri 

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk

cara

-Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
-Masukkan butter dan minyak sapi
-Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
-Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
-Guna acuan seperti gambar di bawah.
-Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
-Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
-Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min (leen bakar 150C-15-20minit bila oven berkipas)


Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Akak biasa buat

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

cara

kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan