Jumaat, 19 Julai 2013

STEW DAGING


Salam... jom share resipi yang nampak macam susah tapi sebenarnya senang...heee
dah lama tak masak dan makan...bulan puasa ni berusaha memasak walau yang simple2..
melainkan 2minggu terakhir dah sibuk mungkin lebih simple atau ke bazar je jawabnya...:)

Resipi ceduk dari rumah adik Hana kita... ada gak baru-baru ni ternampak kat dapur 
Norma Cendana Kasih... Jom tengok resipi dan cuba buat ya...
cuma saya punya agak nampak mcm jernih sikit kuahnya sebab paste bawang yang saya tak goreng garing..
hanya setakat bawang layu...
Sumber: Hana - dik, akak copy paste sejibik-sejibik ni...heee

RESEPI STEW DAGING
asal :
 resepi.raidah
source :
 hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
·                     500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
·                     2 biji bawang besar ~ potong dadu
·                     5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
·                     2 sudu pes bawang - resepi di bawah
·                     1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
·                     2 biji kentang ~ belah 4
·                     2 helai daun bay
·                     2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
·                     1 sudu kecil serbuk lada hitam
·                     Garam dan gula
·                     Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
·                     Minyak untuk menumis
·                     Air secukupnya.
Cara-cara
·                     Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
·                     Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
·                     Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
·                     Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
·                     Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.

RESEPI PES BAWANG
Source :
 Kak.Raidah

Bahan-bahan
·                     1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
·                     300 gm bawang putih ~ belah dua
·                     1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
·                     Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
·                     Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
·                     Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
·                     Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

·                     Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

sedap makan cicah roti bakar...
saya tak bakar di toaster, sapu butter bakar atas non stick pan...lagi sedap ada rasa butter...

 ketika direnehkan
 takde pressure cooker, guna pan ni je...dan cepat jugak sejam dah masak...

Selamat Mencuba...:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan