Rabu, 17 Julai 2013

ROTI JOHN...


Antara menu iftar yang menjadi pilihan jika ke bazar ramadhan..
kali ni merajinkan diri buat sendiri...lebih puashati berapa banyak daging pun nak letak...
dan tentunya lebih berbaloi kalau nak makan seisi keluarga yang ramai...
sangat mudah...boleh cuba yaa...
Resipi ceduk dari dapur kak Anym... leen copy ya ...:)



ROTI JOHN
sumber resipi : Kak Anym -

Bahan-bahan
-150g daging cincang (saya rebus dulu sekejap biar empuk)
-1 atau 2 biji bawang besar - potong dadu kecil
-1 sudu kecil serbuk kari
-Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil - leen tak letak
-garam secukup rasa
-2 biji telur
-daun sup - cincang halus
-minyak@butter
-Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
-Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
Tumis bawang besar hingga naik bau.
-Masukkan daging 
-Masukkan serbuk kari , kacau sebati.
-Garam secukup rasa
-masak hingga agak kering.

-Di dalam mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. 
Kacau.
-Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali.-Leen guna butter lebih sedap..
-Tuangkan adunan telur dan daging tadi, agaklah ikut besar mana roti kan..
- Roti sosej tu dibelah tanpa putusdan telangkupkan  letak di atas telur.
-Tak perlu dibalikkan...agak2 telur masak dan sebati dengan roti boleh terus diangkat roti dari kuali.

-Boleh hidang ikut kesukaan , paipkan sos dan juga mayonis, nak tambah salad ke atau apa pun terpulang....
-Potong dan siap dihidang.



Selamat Mencuba...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan