Rabu, 31 Julai 2013

African Marble Cake

Salam semua...
Ini antara resepi yang mula-mula saya buat dan buat berjual... bermodalkan sedikit dan mula menjual kek-kek tanpa deco dan krim dulu... mulanya tentunya sokongan dari keluarga..yang kemudiannya cerita disampaikan dari mulut ke mulut.. dan blog juga menjadi medium utama walaupun masa tu nama blog lain dari yang ni..heee..

Pernah juga saya share resipi ni di blog masak-masak saya Cetusan Selera (tkyah ler nak cari..saya dah privatekan dan memang confirm takboleh view..heee) ...
Resipi asal dari Kak Roshayati Johari dari Resipi.Net... saya cuba cari namun tak jumpa pula resipi ni sekarang di RNet..atau saya yang taktau nak cari yang betul tak taulah...
Sesiapa rajin boleh cuba untuk raya ni... untuk tempahan raya pun ni antara kek feveret yang banyak menerima tempahan... Terima kasih Kepada Pemilik Asal resipi ni...
agak2 tak rajin... rajinkanlah call saya tempah dengan saya..hee...

Bahan-bahan:
1. 250 g Tepung naik sendiri
2. 180 g gula kastor (saya kurangkan dari yg asal...hehe...sorry....)
3. 300 g telur - timbang tanpa kulit (Gred B lebih kurang 5-6 biji)
4. 1 camca besar ovellate
5. 1 camca teh baking pawder
6. 2 camca besar susu pekat (saya guna sudu makan biasa saja)
7. 50 g air
8. 175 g butter - cairkan
9. coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih salah satu yang digemari

Cara:
-Pukul semua bahan (No 1 - 7) kecuali butter cair dan emulco- hingga pekat dan kuantitinya menjadi double
atau adunan menjadi putih...yang guna hand mixer memang penatlah sikit...kalau guna stand mixer kejap je..:)
-Kemudian masukkan butter cair dan kacau adunan sebati dengan spatula saja...jangan diputar lagi
-Asingkan 3 senduk adunan.
Yang saya buat :
1-Plain, 1-saya letak Chocolate Emulco, 1-Hanya pewarna tanpa apa-apa emulco
-Tuang adunan banyak dalam loyang -saya tuang yg plain dulu,
diikuti dengan 2 warna yang lain secara berselang seli dengan yang plain sehingga habis kesemuanya.
-Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double- boleh guna 8x8inci atau 9x9inci) )
-Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. 
-Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu terus keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.



Selamat Mencuba..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan