Khamis, 6 Disember 2012

Tart Choc

 Assalam semua...
jom hari ni nak share resipi choc tart dari blog masak2 saya yg dah saya privatekan...heee...
x private nanti kalau tak berupdate bersawang dengan labah2 lagi siap beranak-pinak karang payah pulak kan... blog tu patutnya sentiasa dikemaskini kan...
so, sayangkan resipi-resipi yang kebanyakannya memang dah dicuba di dapur sendiri dan ada yang dibuat jualan pun...maka saya share kat sinilah pulak...
tapi kalau sempat dibuat semula, adalah gambar baru..kalau tak sempat tu jawabnya..tengok aje ler gambar lama dari blog lama yang masa tu tak ber dslr lagi..huhuu...
jom layan...

Tart Coklat
Bahan-bahan:-
Bahan utk shell:-
150gm Butter
100gm Marjerin
80gm Gula Aising
1 biji Telur Gred B
1tsp Esen Vanilla
400gm TePung Gandum (anggaran - uli hingga boleh dibentuk)
Cara:-
-pukul butter, marjerin dan aising sebati,
-masuk telur dan esen vanila, sebatikan
-masuk tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga tidak
melekat dan boleh dibentuk di acuan tart
-bakar suhu 170c untuk 15-20minit (tengok oven masing2)

Bahan Ganache:-
600gm Coklat Masakan
200ml Susu Cair
40gm Butter
2 sudu besar Golden Syrup
Cara:-
-cairkan coklat dan susu dgn kaedah double boiler hingga coklat
cair, alehkan dari dapur, masukkan syrup dan butter
-terus kacau perlahan hingga coklat benar-benar cair dan butter sebati
-sejukkan biar coklat agak 'set' atau pejal sikit
-paipkan pada tart shell dan hias ikut suka dgn badam dan sebagainya


Oleh kerana loyangkuih terpaksa kiv atau rehatkan tempahan tart - cheesetart dan sebagainya termasuk choc tart ni...maka sapa yang teringin tu sila ler rajin2 kan diri buat sendiri ya..kih3...
kalau nak rasa airtangan loyangkuih jugak... akan juga diusahakan mengikut masa yang sesuai..
selamat mencuba..:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan