Jumaat, 30 November 2012

Resipi - Choc Marble Cheese


Hari ni saja nak share resipi...agak-agak rajin sila buat dan agak-agak tak rajin sila tempah okayy..ekekekeke.....
Antara kek feveret jugak ni...cuma ini resipi asaslah ya... 
nak rasa saya punya mestilah ada kelainan kan...heeee......
Resipi cnp dari blog kak Ummi...

Bahan A:
  • 180 gm mentega 
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) -gred B pun ok
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus * (saya guna tepung naik sendiri)
  • 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
Bahan B:-
  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 biji telor gred A (akak guna gred B jek)
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  1. Putar mentega dan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  4. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
Selamat mencuba...sedap buat minum petang nii...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan