Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Lebaran

Salam Aidilfitri untuk semua pelanggan setia loyangkuih.com...
bertemu semula on 1st September ya... kerana jadual saya dah penuh dengan tempahan termasuk juga cuti untuk diri sendiri yang sangat saya perlukan setelah berhempas pulas
menyediakan tempahan-tempahan anda semua...
harap semua berpuashati...ada umur diizinkan Allah swt bertemu lagi kita di Ramadhan yang akan datang...

Selepas ini, saya hanya akan menerima tempahan dalam jumlah yang terhad atas sebab-sebab kesihatan dan nasihat doktor... jadi...kalau berhajat kek-kek harilahir istimewa
dan terutamanya kek Perkahwinan sangat-sangat saya harapkan agar membuat tempahan seawal yang mungkin...  maklumlah saya seorang yang buat semua dari A - Z...jadi harap fahamlah ya...
dalam masa yg sama kesihatan juga perlu dijaga...

ok,...cukup bab tu...semoga semua bergembira dihari lebaran yang mulia ini...
yang memandu jauh semoga berhati-hati..tak perlu berkejar..yang penting sampai ke destinasi dengan selamat...
Salam sayang...........Leen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan