Jumaat, 27 Julai 2012

Daging Grill Pedas

Resipi ni dari blog masak-masak kita yang telah lama diprivatekan... antara resipi kegemaran
dan selalu buat tapi selalu tak sempat nak snap gambar...
sedap jugak diratah begitu saja...heee....
resipi hasil dicilok dari blog Ika yang duk Bangkok tu...:-)
Daging Gril Pedas
250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara2
Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
Bahan2 Lain
5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris
# resipi asal letak serbuk cili kasar>>yg ni kita letak
Kita tambah tomato n daun ketumbar
Cara2
Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit.
Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak

2 ulasan:

  1. Salam ramadhan kak leen!!! akakkkkkkkkk! nak daging tuuu! sedapnya! lama sgt tak buat pssst, kek kukus akak nmpk moist lerrr tahan berapa lama kak? nak order lerr lg pun raya nanti kita balik, nak suh mak kita buatkan tak sampai hati pulak sbb nak kena tunggu,kita yg buat? kita malas ahahaha...

    BalasPadam
  2. salam rindu leenn cayanng..lamanye akak x kesini..pekabo? moga leenn sekeluarga sihat sentiasa hendaknye..selamat berbuka ye!

    BalasPadam