Ahad, 15 Julai 2012

Apa-apa jerr...


Salam semua...lama menyepi dek kesibukan dan kesihatan yang tak berapa baik lepas 2 hari yg kritikal sibuk...apalagi kalau tak cik migrain plus gastric...huhuuu...namun bertabah menyiapkan semua tempahan walau ada yg tak inform nak collect pukul berapa, ada yg nak deliver terpaksa kena datang ambik, ada yang saya deliver hanya beberapa minit sebelum majlis bermula sebab saya dah terpaksa telan ubat dan tidur sekejap sebelum sambung mendeco dan nasib baik pelanggan itu sangat memahami, sebab saya seorang yang bekerja, terpaksa panggil suami balik hantarkan wedding cake..huhuu..buat pertama kalinya suami pergi hantar kek kahwin dan set up sendiri....tiada sesiapa di belakang tabir...kecuali tentulah suami dan anak-anak yang banyak juga membantu itu ini mana yg termampu...
Proses dari mengambil order, membeli bahan-bahan...mengadun kek, mendeco...belum masuk hubungan dua hala dengan
para pelanggan melalui sms,email,whatsapp, panggilan...semuanya sayalah kerani, sayalah tukang beli barang, sayalah Baker, sayalah Cake Decorator dan Cake Designer dan saya juga Delivery Lady..(bersama anak kecil berusia 2 tahun Aisyah Karmila yang dah saya usung ke hulu ke hilir sejak dia berusia dari 5bulan sehingga sekarang menemani saya pergi hantar kek ((Sebab saya takde Bibik atau orang gaji juga untuk saya tinggalkan anak dan saya tak suka nak susahkan mama saya)) ...siapa yg dah lama jadi pelanggan saya memang tentunya akan sangat faham dan
Kenal siapa saya,...bagaimana saya bekerja...
Dalam tempoh 2 tahun tak sangka loyangkuih.com mencapai tahap ini, syukur sangat2 ke Hadrat Illahi di atas segala limpahan rezeki dari Nya...rezeki anak-anak dan ibubapa saya insyaAllah...
Kepada para pelanggan yg terlalu banyak memberi sokongan selama ini...
terima kasih kerana ramai juga yang sangat memahami dan boleh bertolak ansur...
terima kasih sangat2 dan saya sayang anda semua yang Ramai di antaranya dah jadi sangat rapat dah macam keluarga pun ya...dah macam sahabat...

Wah, panjangnya mukadimah..haha...sebenarnya nak beritau untuk tempahan Kek-kek Hari Lebaran...memang ramai dah tanya kenapa kali ni lambat saya umumkan kek2 terpilih..heee...insyaAllah sehari dua lagi ok....dah update sok jangan lupa order pulak..hahaha!
Salam Ramadhan dan Salam sayang...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan