Khamis, 7 Jun 2012

ChOC cHiP CoOkiesS

 
Salam....
ole kerana dah nak posa dan raya...mulalah sibuk kita cari resipi kukis yang sedap-sedap kan...
ini antara yang sering dibuat dan dijual...so, ini resipinya...
cilok dari rumah MamaFami (ada link ke blog MamaFami di bawah kanan)
mengikut ubahsuai sedikit dari MamaFami,
resipi asal ada di buku masakan Chef Hanieliza dan FP Chef Hanieliza dan blognya...
Kalau rajin boleh try ok, tak rajin gak tak taulah...:-))

(A)
250gm Marjerin
160gm Gulas Kaster
1 Kuning Telur
1 tsp Esen Vanilla

(B)
230gm Tepung
20gm Serbuk Koko
100gm Choc Chips
50gm Nestum
30gm Badam Cincang (leen tambah)

Cara-cara:-
-ayak tepung dan koko, ketepikan
-pukul marjerin dan gula, masuk kuning telur dan esen vanilla
-masukkan nestum, choc chips dan badam, sebatikan.
-masukkan pulak bahan kering yg diayak tadi, sebatikan lagi
-sudukan di atas dulang, pastikan jarakkan sebab ia akan sedikit mengembang
-bakar pada suhu 170c selama 25minit atau hingga masak. (ikut oven masing2)
HAPPY BAKING!!!
notakaki: gambar ni gambar lama sebelum ada dslr..hee...dan cilok dari blog masak2 saya yang kini dah diprivatekan atas sebab-sebab tertentu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan