Sabtu, 17 Mac 2012

Chocolate Chip Brownies...

Salam...
hari ni saja tergatal tangan menerai resipi
Puan Hana kita yang bukan budak jepun lagi..heee...
Hana, akak kopipes nii...
jom layan simple resipi..
takyah order, buat jek sendiri ek...boleh gitu???



BROWNIES CHOCOLATE CHIPS :
Sumber ; hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips

Cara-cara
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan
whisk sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang
dan tabur baki choc chips tadi.
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.


1 ulasan: