Rabu, 31 Mac 2010

I am sorry...


1. Tempahan pertama dari Rafizah dari Senai dan bekerja di Tebrau 2... cc choc moist ni
nak ditujukan pada seseorang yang bertugas di Hospital Kulai... hmm... ada buat salah apalah ni.... nasib suami akak free sikit, kalau tak macam mana ler nak mengendong baby masuk hospital cari empunya cc tu...
apa pun terima kasih daun keladi tau....heeee


2. Tempahan ke-2 datang dari jauh - adik Majmin yang teringinkan Carrot cupcake with creamcheese frosting dan 30pcs blueberry cheesetart...
puas gak menernagkan risiko2 yg bakal dihadapi bila pos2 cistat dan cc ni, tapi beria jugak dia nak merasa.... akak dah cuba sebaik mungkin bungkus dengan rapi agar tak tunggang-terbalik min... harap-harap esok terima dengan baik rupabentuk..hehe...
terima kasih ya... cuma utk cc tu tak dapatlah nak deco bagai, biasalah creamcheese ni lembik sikit, lagi pulak utk dipos, yg lebih utama Min dapat rasa... kan...
harap-harap abang2 posmen tak ganas2 handle parcel tu.huhu...

Isnin, 29 Mac 2010

Kek marble Coklat - Dina

Tempahan kedua hari ni dari Dina lagi...Mama3H... juga tuan punya Pusat Tuisyen Arena
Bestari di Skudai ni... tapi ada sikit cerita sedih... 2x letrik tripped sebab kilat, 2x jugak oven
dah lari alignment..hehe...dahlah kek tu tengahnya tak berapa menjadi... tapi Dina tak kisah,
dan leen pun cut cost lah sikit...diskaun untuk Dina...
apapun harap Dina dan mak suka...
terima kasih daun keladi...

Brownies,Cheesetart - Fiza


Tempahan dari Fiza yg tinggal dekat-dekat umah MIL gak rupanya (menantu tak mithali betul, jiran MIL pun tak kenal, tulah tak selalu balik..ngeeeeeeeeh) tapi bekerja di Senai, nak merasa
1 box brownies and 1 box-30pcs blueberry cheesetart....
harap suka dengan apa yg ditempah ya...
terima kasih daun keladi, sudi2 lah tempah lagi....heeeeee

Jumaat, 26 Mac 2010

Tempahan Hari Ini...

1. Kek marble coklat ditempah oleh Cik HALILA dari JCORP...
sebelum ni Halila dah merasa brownies dan cheesetart, kali ni nak merasa kek marble pulak....
terima kasih daun keladi ya....ehem..ehem...
semoga berpuashati dgn keknya....



2. Tempahan dari Kak Norlia ataupun Cikgu Norlia dari Senai 70 pcs Choc Moist Cupcake untuk birthday girl Fasihah yg kini di darjah 1 Sek.Keb.Senai... sepatutnya birthday Fasihah esok, tapi esok tak sekolah, so cc nya nak dibawa ke sekolah untuk kawan-kawan....
Harap Kak Norlia berpuashati dengan choc moist cupcake with buttercream topping tu...
Terima kasih kerana sudi menempah dengan Leen...
Adik Fasihah, be a good girl okay... Happy Birthday Fasihah...

Rabu, 24 Mac 2010

Cheesetart - Hafizah (fly to Langkawi)


Cheesetart hari ni terbang ke Langkawi.... tempahan dari sahabat lama yang kini
menetap di bumi Mahsuri tu..... lainkali ke Langkawi adalah kawan boleh geder2 kan...
apapun, terima kasih ya fizah.... harap2 sampai dengan selamat...

Selasa, 23 Mac 2010

Cheesetart - Kak Mala

Tempahan hari ni diterima dari Kak Mala - leen pun lum pernah jumpa...
hanya direkomen oleh kawan.... dengarnya kak Mala suka cheesetart...
hari ni menempah 50pcs blueberry cheesetart... harap suka dengan cheesetartnya ya kak..
maaf, suami yg kena menghantar, leen kena tunggu anak balik sekolah agama...
ada umur kita jumpa jugak...bukan jauh sangat pun...kakmala ni tokey restoran tau...
sapa yg lalu menghala ke Gelang Patah ke, Lima kedai ke, ke Mutiara Rini ke
... lalu tepi jalan besar, ada Restoran RSSR... bolehlah singgah menjamu selera...
ok kak...terima kasih duan keladi...

Sabtu, 20 Mac 2010

RED VELVET Cupcake, Cream Puff - kak Ani



sebelum di topping

Introducing - new member @ LoyangKuih -

RED VELVET CUPCAKE with Cream Cheese Topping...

Tempahan juga hari ni dari Kak Ani - Norisha Enterprise -
30 pcs Cream Puff with kastard filling, and our new member @LoyangKuih -
12pcs Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese Topping....
Thank u so much kak....mmmuah!!!!

Cheesetart - CT Hayati


Tempahan diterima dari cik Siti Hayati - 50pcs Blueberry Cheesetart dan
50pcs Strawberry Cheesetart untuk satu majlis yang akan di adakan di rumah
temannya di Tmn Bukit Mewah...
Terima kasih sudi menempah....terima kasih daun keladi...:-)

Khamis, 18 Mac 2010

Choc Chip Muffin

For a long lost course-mate in ITM (now UiTM)... Liza Kadir....
harap suka dengan muffinnya....:-)

Isnin, 15 Mac 2010

Kek Buah Kukus Lembap - Dina


Tempahan kek buah kukus oleh Dina lagi....
harap Dina dan mak sukakan kek nya....
terima kasih kerana sudi menempah dgn akak...

Ahad, 14 Mac 2010

Tart Nenas - Hajar


Permintaan khas makyung nii... satu telap tart nenas...
padahal kakak dia pun bukan tak terror si CT Naemah tu... heeee...
Terima kasih ya Hajar dan Naemah sebab menempah...


Jumaat, 12 Mac 2010

Cream Puff

Cream Puff with custard filling
- minimum order - 30pcs @ RM15.00 per box

Rabu, 10 Mac 2010

Carrot Cupcake with CreamCheese Frosting


New at LoyangKuih.... available size S dulu yaa.... carrot cupcake with creamcheese topping...
simple, not-so-sweet, nice and tempting......

Mini Muffin & Cheesetart - Azlina



Tempahan dari Puan Azlina Azmi dari Shah Alam....
50pcs Choc Chip Mini Muffin, 50pcs Pandan Mini Muffin dan 30pcs Blueberry Cheesetart...
Terima kasih kerana sudi menempah yaa...
harap suka dengan mufinnya dan cheesetart.

Isnin, 8 Mac 2010

2 Brownies


2 jenis Brownies berbeza rasa ....
1- Choc Almond Brownies ditempah oleh Kak Rubiah - dari Johor Corporation,
untuk belanja teman-teman sepejabat sempena birthday Kak Ruby hari ni...
terima kasih daun keladi ya kak....
2-Orange Mocha Brownies ditempah akak terangkat aku - kak Noraini dari
Norisha Enterprise - katanya nak rasa brownies perisa lain....hmm...
bau orange mocha ni memang semerbak wangi bau orange... harap suka dengan browniesnya
ya kak...

Sabtu, 6 Mac 2010

Kek Marble Coklat - Dina

Tempahan emergency Dina... hmm... nasib baik bahan-bahan semua ada... baru plan nak
keluar gi belanja barang-barang kuih, terus bawak hantarkan ke pusat tuisyen Dina...
tempahan yg entah berapa kali oleh Dina... terima kasih kerana mempercayai dan terus
menyokong ya dik... harap-harap mak Dina pun sukakan kek nya tu...

Khamis, 4 Mac 2010

Cheesetart




Tempahan hari ni 210pcs Blueberry & Strawberry Cheesetart kesemuanya oleh
Kak Noraini (Norisha Enterprise) , En.Yacob (Avon Kotaraya, JB) dan En. Jamil (Kotaraya JB)

Terima kasih daun keladi.... rajin-rajinlah tempah lagi....

Kek Marble Coklat

Hari ini dari pagi menyiapkan 5 buku kek marble coklat yang ditempah oleh Angah..
nak bawak ke kilang untuk makan-makan... HR officer yang bagus nii.... rajin belanja
staff....heeee..
terima kasih Angah....

Selasa, 2 Mac 2010

Brownies and Cheese Tart




1-30 pcs Blueberry & Kiwi CheeseTart dan Brownies di tempah oleh Kak Noraini -
tokey kedai kat kotaraya...heeee.... leh masuk blog dia untuk sebarang produk kesihatan...
Terima kasih kak...terima kasih daun keladi..heeeeee.....sambung ler sendiri...


2-yang ni ditempah oleh Fazlina dari Melaka - packing dah siap berplastik bubble...
harap-harap sampai dalam keadaan baik.... 30 pcs Cheesetart juga - terima kasih Fazlina



3-Dan yang ini 30pcs Blueberry Cheesetart ditempah oleh Halila dari JCORP ...
Terima kasih ya kerana sudi menempah....semoga berpuashati dengan tartnya....

 

-LoyangKuih- Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template