Selasa, 17 Ogos 2010

First Batch to KL ...



Alhamdulillah.... selepas terpaksa cancel banyak tempahan lain terutamanya cheesetart yang memang amat makan masa yg lama untuk menggentel.... akhirnya first batch biskut raya dah selamat dinaikkan bas ke KL... satu kotak 19balang utk makcik dan satu kotak lagi 10balang tempahan individu.... harap-harap pelanggan semua memahami yaa.... saya bekerja SEORANG... tak mampu nak gaji pembantu pun...hanya sekadar dari dapur rumah yang sungguh kecik, masuk 2 orang dah berlaga punggung dah jadinya... dengan terpaksa memberikan sepenuh perhatian lagi kepada baby tersayang Aisyah dan anak-anak lain yang merupakan sumber inspirasi saya lagi, mana hal rumahtangga lagi (itupun cik abang banyak sangat membantu dan memberikan sokongan)...
insiden menyiapkan 'sebahagian' biskut raya (ada sebahagian lagi utk pelanggan di sini-jb) ni adalah sekali tu Aisyah dengan 4-wheel drive dia (walker..heee), laju terus menuju ke stack biskut-biskut yang dah disusun, apalagi jatuh sebalang yang paling atas, berderai terus...
yalah tart kan rapuh dan gebu... kat situ gak menangis sebab mcm tak hilang lagi penat....
alhamdulillah... siap dah sebahagian...
kepada yang banyak saya cancelkan order tu sampai terus cancel order lain... harap memahami... cuba letak diri anda di tempat saya...
kepada pelanggan dan sahabat-sahabat yang memahami dan terus setia... terima kasih...anda tahu siapa saya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan