Rabu, 31 Mac 2010

I am sorry...


1. Tempahan pertama dari Rafizah dari Senai dan bekerja di Tebrau 2... cc choc moist ni
nak ditujukan pada seseorang yang bertugas di Hospital Kulai... hmm... ada buat salah apalah ni.... nasib suami akak free sikit, kalau tak macam mana ler nak mengendong baby masuk hospital cari empunya cc tu...
apa pun terima kasih daun keladi tau....heeee


2. Tempahan ke-2 datang dari jauh - adik Majmin yang teringinkan Carrot cupcake with creamcheese frosting dan 30pcs blueberry cheesetart...
puas gak menernagkan risiko2 yg bakal dihadapi bila pos2 cistat dan cc ni, tapi beria jugak dia nak merasa.... akak dah cuba sebaik mungkin bungkus dengan rapi agar tak tunggang-terbalik min... harap-harap esok terima dengan baik rupabentuk..hehe...
terima kasih ya... cuma utk cc tu tak dapatlah nak deco bagai, biasalah creamcheese ni lembik sikit, lagi pulak utk dipos, yg lebih utama Min dapat rasa... kan...
harap-harap abang2 posmen tak ganas2 handle parcel tu.huhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan